Aepul Roza muncul juara The Hardest Singing Show

Penyanyi Aepul Roza berjaya menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai juara edisi pertama rancangan realiti, The Hardest Singing Show (THSS) pada konsert final yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Selepas 10 minggu berentap, Aepul atau nama sebenarnya, Noor Syaiful Mohd Zalaludin yang membawakan lagu ‘Its My Life’ nyanyia Bon Jovi dengan berkonsepkan emosi instrumentasi sambil menyanyikan duet bersama Putera Muhammad.

Persembahan luar biasa unik itu berjaya meraih markah tertinggi selepas berjaya menewaskan lima lagi bintang yang turut bertanding dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150,000.

Kemenangan tersebut turut menyaksikan Aepul membawa pulang pakej pelayaran serta trofi sumbangan Astro.

“Ini rezeki Allah SWT dan saya sendiri tak pernah menang apa pun walau cabutan bertuah. Terima kasih kepada juri dan pasukan saya, alhamdulillah,” katanya selepas diumumkan sebagai juara.

Sementara itu, naib juara menjadi milik Ayda Jebat yang membawa pulang RM20,000, pakej pelayaran dan trofi.

Selain itu, tempat ketiga diraih Stacy Anam yang turut menerima RM10,000, trofi dan pakej pelayaran.

Manakala, Anugerah Pilihan THSS Alha Alfa dengan wang tunai RM10,000 dibawa pulang oleh Stacy.

Ketiga-tiga pemenang mengalahkan tiga peserta lain iaitu Aisha Retno yang menduduki tempat keempat, Putera Muhammad di tempat kelima, dan Zizi Kirana pula di tempat keenam.

Di samping itu, masing-masing membawa pulang RM5,000 pakej pelayaran dan trofi sumbangan Astro.

THSS merupakan sebuah rancangan realiti anjuran Astro Ria yang menampilkan 10 orang penyanyi sebelum tiga penyanyi menarik diri untuk berentap mempertaruhkan adilipur sebagai ciri utama penjurian di samping pertaruhan vokal peserta.

Rancangan tersebut memulakan siarannya pada 12 Mei 2024 sehingga 14 Julai 2024 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Rina Rose.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat