Minggu paling berdarah, 350 rakyat Gaza terbunuh

Seramai 350 rakyat Gaza disahkan terbunuh dari serangan Israel pada 6 Julai sehingga 13 Julai selepas peperangan yang berlaku di Al Mawasi merekodkan 90 orang kes pembunuhan.

Perkara itu dilaporkan Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Basal yang menyatakan semakin ramai yang gugur pada minggu ini akibat serangan udara oleh Israel ke atas rakyat Gaza terutama di Sekolah Abu Oreiban, Kem Nuseirat yang meragut nyawa seramai 15 orang.

“Kebanyakannya wanita dan kanak kanak terkorban daripada serangan di Al Mawasi ,Timur Khan Younis yang membunuh 90 orang. Serangan di Kem Al Shati pula membunuh 22 orang.

“Setakat ini, 10 Jenazah sudah berjaya ditemui pihak kami yang berada di bawah runtuhan Kejiranan Tal Al Hawa dan Zon Industri Bandar Gaza IDF dilaporkan sudah berundur sepenuhnya dari Tal Al Hawa.

“Namun terdapat beberapa risiko di kawasan Jalan 8 di sana, di mana serangan artileri IDF yang berlaku di kawasan Saraya dan Dron Quadcopter juga turut melepaskan tembakan ke atas rakyat Gaza terutama di kawasan IDF.

“Rumah empat buah keluarga turut diserang iaitu Rumah Keluarga Al Haddad, Al Ghafri, Abu Youssef dan Haji menyebabkan 21 terbunuh dan 40 cedera. Manakala, seorang lagi disahkan gugur dalam serangan di Zon Industri Bandar Gaza dan beberapa yang lain cedera dalam serangan di Al Zuwaida,” jelasnya.

Setakat pagi tadi, Israel telah melancarkan serangan udara ke atas Bandar Bani Hayyan, Houla dan Meis Al Jabbal dan serangan dron turut dilepaskan ke atas Pasukan Pejuang Palestin, Aita Al Shaab dengan menyerang IDF di Kafr Labad, Tulkarm Tebing Barat Briged Abdulqader Husseini dengan roket di Koridor Netzarim berhampiran Kejiranan Tal Al Hawa.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/07/14/perkhidmatan-rahsia-as-bertindak-pantas-dalam-kejadian-cubaan-bunuh-donald-trump