Tiada tender dibuka dalam membangunkan portal Budi Madani untuk penyasaran subsidi diesel melalui fleet card sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan jenis diesel.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, portal Budi Madani dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman tanpa menggunakan khidmat perunding luar.
“Oleh itu, isu tender terbuka atau tidak, ia tidak wujud memandangkan menggunakan infrastruktur sedia ada.
“Sebarang maklumat tambahan yang didapati melalui portal Budi Madani akan dikongsi dan diintegrasikan kedalam Pangkalan Data Utama (PADU),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) mengenai kos terlibat dalam membangunkan portal Budi Madani dan kaedah perolehan tender portal tersebut.

Dalam pada itu, Lim turut menyatakan kerajaan akan memantau situasi semasa termasuk penambahbaikan penyasaran subsidi diesel dari semasa ke semasa menerusi insentif Budi Madani.
Ia adalah untuk memastikan golongan yang benar-benar layak terus mendapat perhatian kerajaan dalam mendepani cabaran kos hidup.
Beliau turut menambah pendaftaran Budi Madani juga adalah bagi memastikan pemohon memberi pengesahan bahawa telah menepati kriteria untuk melayakkan diri bagi bantuan tunai serta mendapat maklumat bank terkini untuk memastikan penyaluran bantuan dikreditkan ke akaun yang tepat.
Baca juga: