Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor telah mengenalpasti pemilik akaun Facebook berhubung dakwaan berkaitan pemberian Sijil Cuti Sakit oleh Pegawai Perubatan hanya kepada pesakit yang bergeiala teruk sahaja.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Hj Mohtar Pungut @ Hj Ahmad berkata, pemberian Sijil Cuti Sakit adalah berdasarkan penilaian dan diagnosis yang dibuat oleh pegawai perubatan setelah melakukan konsultasi sejarah pesakit, pemeriksaan klinikal, dan penyiasatan lain yang dirasakan perlu.
“Siasatan mendapati pemilik akaun Facebook tersebut menulis kenyataan di akaun media sosial milikya adalah untuk bertanya pendapat rakan-rakan media sosial beliau mengenai kenyataan Pegawai Perubatan tersebut tanpa berniat untuk menyebarkan maklumat palsu atau menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
“Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengalu-alukan maklum balas daripada semua pelanggan bagi tujuan peningkatan kualiti perkhidmatan kesihatan di negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambah beliau, pihaknya ingin mengesyorkan segala pandangan, aduan atau pertanyaan orang awam disalurkan melalui saluran rasmi jabatan agar semua maklum balas tersebut dapat dijawab secara tuntas.
Justeru, JKN Johor sentiasa memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi diberi kepada pelanggan dengan menekankan sifat profesionalisme dan penyayang selaras dengan misi dan visi KKM.
Baca juga: