FAME seru PBT sedia khidmat sokongan keganasan terhadap wanita

Pertubuhan Pemerkasaan Keluarga (FAME) menyeru pihak berkuasa tempatan (PBT) dan nasional untuk menyediakan perkhidmatan sokongan komprehensif khsususnya buat kes-kes keganasan melibatkan wanita.

Timbalan Presiden FAME, Norazizah Ab Aziz menyatakan sokongan tersebut termasuk kaunseling, bantuan guaman dan perlindungan.

”FAME juga ingin mengajak semua pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan untuk merancakkan program-program pendidikan dan kesedaran kepada kumpulan komuniti yang lebih luas.

”Ia agar budaya menghormati isu keselamatan wanita dan kanak-kanak serta untuk terus berdaya tahan dan dapat dilaksanakan dengan lebih giat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Norazizah berkata demikian susulan peningkatan kes-kes keganasan dan pembunuhan wanita di Malaysia.

Ia termasuk beberapa kes terbaharu yang berlaku di Malaysia dimana seorang suami mengaku membunuh isterinya di sebuah hotel dan gadis muda yang dibunuh di ladang sawit.

Beliau turut menambah tragedi tersebut merupakan sebahagian daripada pola global keganasan terhadap wanita yang semakin membimbangkan.

”Menurut dapatan kajian United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), 2022, 55 peratus daripada kes-kes pembunuhan yang dilakukan oleh pasangan intim atau ahli keluarga pada tahun 2022, adalah wanita.

“Lebih memilukan, kira-kira 48,800 wanita dan gadis di seluruh dunia telah dibunuh oleh pasangan intim mereka atau ahli keluarga yang lain.

“Ini bermakna, secara purata, lebih daripada 133 wanita atau gadis dibunuh setiap hari oleh seseorang dalam keluarga mereka sendiri,” ujarnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat