Dark System Series hasil kolaborasi Kopi Saigon bersama Soloz, XK Penjahat

Dark System Series merupakan produk terbaharu Kopi Saigon hasil kolaborasi bersama dua personaliti popular E-Sukan dan media sosial iaitu Soloz dan XK Penjahat.

Dalam satu kenyataan, Kopi Saigon memaklumkan tiga produk minuman baru yang pasti akan memikat hati para peminatnya serta peminat kepada kedua-dua figura terkenal tersebut.

“Antara produk-produk tersebut adalah Dark Fighter (Vanilla Choco) dengan harga jualan RM10, Dark Assassin (Apple Passion) – RM11 dan Dark Mage (Milky Peach Passion) – RM12,” katanya.

Dalam pada itu, pelancaran tersebut menandakan satu langkah besar Kopi Saigon untuk memperluaskan jenama itu kepada pasaran yang lebih besar.

Produk-produk minuman tersebut akan mula dijual pada 27 Julai 2024 dan boleh didapati dimana-mana outlet Kopi Saigon di seluruh Malaysia.

Pengasas Kopi Saigon, Asyraf Kamal turut menyatakan bahawa tiga jenis itu hanyalah permulaan dan memaklumkan bahawa akan ada lagi beberapa produk minuman yang bakal dikeluarkan bersempena kolaborasi tersebut.

“Tujuan utama kolaborasi ini adalah untuk memperkenalkan Kopi Saigon kepada lebih ramai orang dan memantapkan lagi kedudukan Kopi Saigon sebagai pilihan utama dalam industri minuman kopi,” katanya ketika majlis pelancaran Kopi Saigon berkolaborasi bersama Soloz dan XK Penjahat di SkyArk Event Space pada Rabu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat