Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan projek pembangunan dan menaiktaraf peralatan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan kos sebanyak RM197.32 juta.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM komited dalam memastikan murid yang mengikuti program pendidikan TVET didedahkan dengan teknologi dan kemahiran yang terkini dengan ubahsuai naik taraf bangunan, bengkel serta pembelian peralatan.
“KPM telah diluluskan projek pembangunan dan menaiktaraf peralatan program TVET KPM dengan kos sebanyak RM197.32 juta”, katanya dalam sidang Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menjawab soalan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) berhubung jumlah peruntukan yang telah disediakan untuk menaik taraf peralatan bengkel di institut TVET di Malaysia.
Mengulas lanjut mengenai peruntukan naik taraf kemudahan TVET di Sabah, Fadlina memaklumkan sebanyak RM62.91 juta telah diperuntukkan kepada negeri Sabah.
“Rolling Plan ke 4, 2024 pembekalan peralatan MPV dan MPEI di Sabah melibatkan 8 sekolah menengah kebangsaan berjumlah RM145,988.00. Jumlahnya RM62.91 juta diperuntukkan kepada Sabah,” katanya.
Baca juga: