FINAS tambah baik syarat permohonan surat perakuan penggambaran

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) umum pematuhan baharu bagi syarikat produksi melalui garis panduan Permohonan Surat Perakuan Penggambaran (SPP).

FINAS dalam satu kenyataan berkata, pematuhan baharu ini merangkumi Standard Contract, Pertubuhan Keselematan Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Lesen Hiburan Awam Kanak-Kanak dan Orang Muda.

“Inisiatif ini sebagai langkah penting bagi memastikan semua kegiatan produksi dan penggambaran mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Penambahbaikan ini bukan sahaja melindungi kepentingan syarikat produksi, kru dan pelakon, tetapi juga memberikan perlindungan khusus kepada kanak-kanak serta orang muda yang terlibat dalam industri ini”, katanya.

Selain itu, pihak FINAS juga menyatakan, sekiranya terdapat pertanynaan lanjut berkaitan perlesenan FINAS, sila hubungi 03-41041300.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat