Amerika Syarikat dan Jepun menghantar permohonan rasmi meminta Malaysia menjadi pengantara atau orang tengah bersama Palestin bagi mewakili Hamas dalam penerimaan perjanjian tiga fasa gencatan senjata pada Khamis.
Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan perjanjian tiga fasa gencatan senjata dan damai tersebut adalah termaktub seperti dalam Resolusi 2735 oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 10 Jun lalu.
Resolusi 2735 merupakan cadangan tiga fasa oleh Amerika Syarikat bagi menyeru gencatan senjata segera, kekal dan berkesan, pembebasan tebusan, pertukaran tahanan warga Palestin serta pengunduran penuh tentera Israel dari Gaza dilaksanakan.
Resolusi tersebut juga menggesa penyaluran bantuan kemanusiaan dengan segera dan tanpa halangan, serta pembinaan semula Gaza.
Pada 10 Jun lalu, Malaysia menggesa agar resolusi berkenaan dilaksanakan secara menyeluruh bagi meringankan penderitaan dan menghentikan pembunuhan rakyat Palestin, selaras dengan mandat Majlis Keselamatan PBB.
Dalam masa yang sama, Jepun turut mengajak Malaysia bekerjasama dalam membangunkan semula Gaza.
Baca juga: