Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.8 peratus pada suku tahun kedua 2024.
Unjuran berdasarkan anggaran awal Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr Mohd Uzir Mahidin, anggaran pertumbuhan lebih tinggi berbanding 4.2 peratus, suku sebelumnya adalah sejajar dengan indikator terkini.
Antaranya, Indeks Pengeluaran Perindustrian yang masing-masing meningkat 6.1 peratus dan 2.4 peratus pada April dan Mei 2024 berbanding tahun sebelumnya.
Nilai jualan borong dan runcit pula meningkat 6.6 peratus pada April dan 7.1 peratus pada Mei berdasarkan asas tahun ke tahun.
Faktor lain termasuk peningkatan ketibaan pelancong serta pengeluaran kelapa sawit dan kemajuan pembangunan projek mega.
Untuk suku kedua, hampir semua sektor utama menunjukkan pertumbuhan lebih baik, diterajui sektor Perkhidmatan.
Bagi separuh pertama 2024, KDNK dijangka meningkat lima peratus berbanding 4.1 peratus tahun sebelumnya.
Secara keseluruhan, ekonomi negara diramal mengekalkan momentum pertumbuhan, disokong faktor domestik dan eksport, dengan prospek positif untuk tempoh berbaki tahun ini.
Baca juga: