Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2023 akan dikeluarkan pada 23 Julai depan.
MPM memaklumkan calon yang menduduki peperiksaan itu sama ada calon sekolah kerajaan atau persendirian boleh mendapatkan keputusan mereka melalui dua kaedah.
“Kaedah pertama merupakan secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>AngkaGiliran dan hantaran ke 15888.
“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 11 pagi pada 23 Julai hingga 12 tengah hari pada 30 Julai depan,” kata kenyataan tersebut pada Jumaat.

Selain SMS, calon juga boleh menyemak keputusan mereka secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK bermula pada pukul 11.30 pagi 23 Julai.
Dalam pada itu, MPM turut mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon atas keputusan STPM 2023 yang bakal diperoleh nanti.
Untuk info, seramai 41,548 orang calon telag menduduki peperiksaan STPM 2023 di 657 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan sebanyak 16,387 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan tersebut.
Baca juga: