Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada reformis Hashim Bakar, atau lebih dikenali sebagai Pak Hashim, untuk membantu meringankan beban warga emas itu.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau dalam sesi Ziarah MADANI di Kepong.
“Pak Hashim kini menghidap kanser prostat sejak tahun lepas di samping menanggung derita akibat penyakit lain.
“Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan kesembuhan kepada Pak Hashim, insya-Allah,” katanya.
Ziarah MADANI digerakkan bagi membantu mereka yang ditimpa masalah kesihatan atau memerlukan bantuan bagi meringkan beban kos rawatan atau pemulihan.