Anwar hulur sumbangan kepada bekas pengawal pengiring, doakan kesembuhan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hanafi Hadi yang pernah menjadi pengawal pengiringnya dan kini terlantar sakit.

Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, Anwar berkata, sumbangan bagi meringankan beban kos perubatan dan pembelian kerusi roda khas itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi.

“Saudara Hanafi kini terlantar akibat penyakit yang menyerang fungsi pergerakan badan, tangan dan kaki sekali gus menyukarkan pergerakan beliau.

Anda Mungkin Berminat