Kecewa dengan penggunaan tekonologi kecerdasan buatan (AI) pada muka hadapan edisi terbaru majalah humor Gila-Gila, Jaafar Taib selaku penerbit tampil memohon maaf.
Menerusi sebuah hantaran di Facebook, Jaafar yang juga salah seorang pengasas majalah humor pertama negara itu mengakui kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku.
“Saya sebagai pengasas dan penerbit majalah Gila-Gila, dengan rasa penuh sesal ingin memohon maaf yang sebesar-besarnya atas penggunaan karya seni yang dihasilkan oleh AI.
“Saya ingin tegaskan, penggunaan karya AI tersebut bukanlah bertujuan untuk merendah-rendahkan bakat dan hasil kerja keras para pelukis kita.
“Namun, saya faham, niat yang baik tidak semestinya menghasilkan keputusan yang baik. Kesilapan ini telah membuka mata saya tentang betapa pentingnya kita menghargai dan melindungi karya seni yang dihasilkan oleh tangan-tangan kreatif anak bangsa,” katanya.
Jaafar menjelaskan, dalam usia 71 tahun, beliau kurang arif tentang teknologi AI dan implikasinya terhadap dunia seni.
“Saya sedar, keputusan untuk menggunakan karya AI tersebut adalah satu kesilapan besar yang tidak patut berlaku.
“Ia telah mengguris hati ramai pelukis dan kartunis berbakat yang selama ini menjadi tulang belakang majalah Gila-Gila,” katanya lagi.
Dalam hantaran itu juga, Jaafar menegaskan penggunaan karya AI tersebut bukanlah bertujuan untuk merendah-rendahkan bakat dan hasil kerja keras para pelukis tempatan.
Namun, katanya beliau faham, niat yang baik tidak semestinya menghasilkan keputusan yang baik.
“Kesilapan ini telah membuka mata saya tentang betapa pentingnya kita menghargai dan melindungi karya seni yang dihasilkan oleh tangan-tangan kreatif anak bangsa.
“Saya berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk memperbetulkan kesilapan ini.
“Mulai saat ini, Gila-Gila akan kembali kepada prinsip asal kita, iaitu menjadi platform untuk mengetengahkan karya-karya seni asli yang dihasilkan oleh bakat-bakat tempatan,” katanya.
Jaafar turut berjanji akan berusaha untuk terus menyokong dan menghargai bakat serta hasil karya anak Malaysia serta menyeru orang ramai untuk Marilah bersama-sama mengembalikan maruah dan kehebatan majalah Gila-Gila tercinta.
Baca juga: