Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian imbuhan kemenangan sebanyak RM10,000 bagi setiap pemain dan jurulatih pasukan sepak takraw kebangsaan.
Menerusi laman Facebook rasminya, beliau mengucapkan sekalung tahniah serta penghargaan tinggi buat seluruh anggota pasukan sepak takraw kebangsaan yang berjaya memenangi pingat emas di Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw Tahun 2024 pada Mei lalu.
“Saya berpeluang bertemu dengan pasukan sepak takraw kebangsaan yang telah memenangi pingat emas dan merangkul gelaran juara berganda dalam Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw Tahun 2024.
“Selain itu, saya turut berbincang berkenaan keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara, status sukan sepak takraw sebagai sukan bukan teras, peluang melanjutkan pelajaran serta kerjaya dan kebajikan atlet sepak takraw.
“Dalam pertemuan ini, saya turut umumkan pemberian imbuhan kemenangan sebanyak RM10,000 untuk setiap pemain dan jurulatih pasukan sepak takraw kebangsaan,” tulisnya.
Baca juga: