‘Ulsan HD FC adalah tawaran terbaik setakat ini’ – Kim Pan Gon

Mengendali kelab pasukan bola Ulsan Hyundai Football Club merupakan tawaran terbaik buat Bekas Pengendali Skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon selepas mengumumkan peletakkan jawatannya pada 16 Julai lalu.

“Ulsan merupakan pasukan kelab bola yang terkuat di Korea Selatan. Namun, setakat ini saya tidak membuat sebarang keputusan lagi.

“Dan saya dimaklumkan saya juga merupakan salah seorang calon jurulatih dalam senarai pasukan itu dan saya juga pernah mempunyai pengalaman bermain dalam pasukan itu pada 28 tahun yang lalu,” katanya ketika ditemu bual Astro Arena.

Sementara itu, beliau turut berkongsi mengenai pengalaman manis bersama skuad Harimau Malaya.

“Bagi saya, mengendali skuad negara adalah salah satu pengalaman manis buat saya.

“Mengimbas semula kenangan manis yang terpahat dalam memori saya adalah bila Faisal Halim dan Sumareh bertengkar seperti Tom and Jerry,” ujarnya.

Beliau turut mengungkapkan hubungan kedua-dua pemain itu berjaya mengukirkan senyuman di bibirnya setiap kali latihan dan menyatakan menjadi ketua jurulatih skuad harimau malaya adalah salah satu pengalaman yang bermakna buat dirinya.

Terdahulu, Kim Pan Gon mengumumkan peletakan jawatannya selaku jurulatih buat skuad Harimau Malaya dan menurutnya keputusan itu dibuat atas faktor peribadi yang memaksa beliau untuk meletakkan jawatan dan mengakhiri kontraknya lebih awal.

Baca juga: