Seorang pesara warga tempatan kerugian sebanyak RM735,000 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.
Ketua Polis Daerah Tangkak Johor, Superitenden Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima laporan daripada pesara berusia 67 tahun itu pada Rabu.
Menurutnya, mangsa telah menerima panggilan melalui telefon dan disambungkan dengan individu yang menyamar sebagai pihak polis.
“Mangsa telah diberitahu yang beliau terlibat di dalam satu kes penggubahan wang haram dan diminta untuk memindahkan wang dari akaun miliknya ke akaun yang diberikan suspek untuk tujuan siasatan.
“Setelah mangsa memindahkan wang, barulah beliau sedari dirinya telah diperdayakan oleh sindiket yang berlandaskan modus operandi ‘phone scam’,” katanya dalam satu kenyataan.
Roslan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, disebat dan didenda.
Justeru, pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan modus operandi yang dilakukan oleh sindiket ‘phone scam’.
Baca juga: