Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sumbangan kepada Sheikh Abdullah Amirul yang terlantar sakit selepas terbabit dalam nahas jalan raya.
Anwar dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis berkata, sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Farhan Fauzi.
“Adik Sheikh Abdullah Amirul kini hanya terlantar di atas katil tidak dapat memberi apa-apa tindak balas akibat nahas itu dan saya dimaklumkan kos rawatannya mencecah ribuan Ringgit sebulan,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan keadaan lebih memburukkan apabila bapanya, Sheikh Abu Bakar pula diberhentikan kerja hingga menjejaskan keadaan kewangan seluruh keluarga.
“Saya amat terkesan dengan situasi yang menimpa keluarga ini dan dalam ziarah ini, saudara Farhan telah mewakili saya menyerahkan sumbangan untuk membantu meringankan kos perubatan dan kehidupan seharian mereka,” tambahnya.
Anwar turut mendoakan kesembuhan berkekalan buat Sheikh Abdullah Amirul dan menitipkan agar Allah SWT mempermudahkan urusan dan mengurniakan kekuatan buat keluarga tersebut mendepani ujian.
Baca juga: