Pemain regu campuran negara , Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya mengungguli kumpulan D selepas menewaskan lawan dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dalam aksi rubber set pada petang Isnin.
Set pertama menyaksikan gandingan negara itu lambat memanaskan badan selepas tumpas 21-17 di tangan ranking kedua dunia itu.
Aksi diteruskan di set kedua, Tang Jie-Toh Ee wei cuba bangkit dengan menyasarkan titik – titik kelemahan menentang tembok besar China itu sekali gus berjaya mengheret lawan ke set penentuan selepas menang 15-21.
Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan pihak lawan membolehkan regu negara mengintai peluang yang ada sekaligus menoktahkan kemenangan 16-21 dalam tempoh 1 jam 5 minit.
Kemenangan tersebut menyaksikan gandingan regu campuran negara menghuni tangga teratas dalam kumpulan D sekaligus melayakkan diri ke Suku Akhir Paris 2024 selepas berjaya memenangi tiga perlawanan berturut-turut dalam aksi kelayakan.
Dengan itu, Tang Jie-Ee Wei bakal bertemu naib juara dari kumpulan lain dalam aksi Suku Akhir nanti.
Baca juga: