Gandingan regu negara, Pearly Tan-M.Thinaah membuktikan kemampuan mereka selaku pasangan pilihan utama negara dalam sektor itu selepas berjaya meloloskan diri dalam sukan badminton ke suku akhir Olimpik Paris 2024 pada petang Rabu.
Ia susulan kejayaan mereka menumpaskan pasangan di ranking ke-9 dunia dari Indonesia, Siti Fadia Silva Ramadhanti dan Apriyani Rahayu dalam aksi straight set 18-21, 9-21 bagi menduduki tangga kedua Kumpulan A.
Kemenangan itu meletakkan pasangan di kedudukan ke-12 dunia itu bertemu pemengang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020, Kim So Yeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan.
Berdasarkan rekod, hanya ada satu pertemuan yang direkodkan antara dua gandingan itu yang memihak kepada Kim-Kong pada Peringkat Kumpulan Final Jelajah Dunia BWF 2021.
Sebelum ini, peminat tanah air pernah mempersoalkan cabutan undian bagi Kumpulan A yang dianggap tidak berpihak kepada pasangan negara apabila ditempatkan di dalam pasukan maut apabila pasukan tersebut terdiri daripada pasukan-pasukan gergasi Asia.
Namun, pasangan negara membuktikan kebolehan mereka apabila menoktahkan kemenangan pada perlawanan akhir kumpulan A bagi meloloskan diri ke suku akhir.
Baca juga: