Pelaksanaan solat jenazah ghaib buat Ismail Haniyeh

Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menzahirkan rasa dukacita atas laporan berita akan pemergian ke rahmahtullah pemimpin Hamas iaitu Almarhum Ismail Haniyeh.

Menurut Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Setia Dr Mohd Naim Mokhtar, beliau meminta kerjasama masjid-masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk melaksanakan solat jenazah ghaib ke atas Almarhum.

“Antara masjid yang terlibat adalah Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Putra, Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin daerah sama.

“Dalam masa sama, masjid-masjid dan surau-surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga diminta untuk mengadakan solat jenazah ghaib tersebut.

“Pihak JAKIM dan JAWI akan membuat perincian berkaitan perkara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Terdahulu, Almarhum Ismail Haniyeh merupakan seorang pemimpin rakyat Palestin telah memberikan sumbangan bakti dan jasa kepada tindakan serta usaha mempertahankan tanah Palestin.

Dalam pada itu, beliau juga menjaga hak-hak rakyat Palestin yang ditindas selama ini.

Semoga segala baktinya dicatat sebagai amalan soleh di sisi Allah Subhanahu Wataala.

Baca juga: