Olimpik Paris 2024: Nasib tidak menyebelahi Ariana Nur Dania pada aksi ‘shoot-off’

Penampilan sulung pemanah negara, Ariana Nur Dania di pentas Olimpik Paris 2024 tidak memihak kepadanya selepas tewas dalam aksi ‘shoot-off’ pada malam Rabu.

Meskipun memberikan saingan yang sengit kepada lawan di ranking no. 9 dunia dari Itali dalam acara ‘recurve’ individu wanita itu, Ariana terpaksa akur selepas terlepas peluang membawa cabaran negara ke pusingan kedua.

Walau bagaimanapun, aksi cemerlang yang dipamerkan pemain muda berusia 18 tahun itu wajar dipuji selepas berjaya mencipta kejutan selepas menyamakan mata panahan ketika menentang bekas juara dunia, Chiara Rebagliati.

Namun bidikan sembilan Ariana pada ‘shoot off’ gagal menangani panahan 10 mata yang dihasilkan Chiara sekali gus menyaksikan perjuangan wakil negara itu gagal ke pusingan seterusnya.

Dengan itu, perjuangan Ariana terhenti selepas terkandas di pusingan ke-16 itu.

Sebelum ini, seorang lagi pemanah ‘recurve’ negara, Syaqiera Mashayikh, turut terkandas di pusingan 16 pada Isnin lalu.

Anda Mungkin Berminat