Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seramai 71 orang warganegara asing menerusi serbuan di sebuah kawasan perniagaan di Puchong, Selangor pada Khamis.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, kesemua warga asing tersebut telah ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo untuk siasatan lanjut.
“Mereka yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada 22 orang warga Indonesia, 23 orang warga Bangladesh, 12 orang warga India lima orang warga Myanmar, tiga orang warga Sri Lanka dan enam orang warga Pakistan.,” katanya dalam kenyataan pada Khamis
Dalam pada itu, Ruslin turut berkata pihak Imigresen turut menahan 14 orang warga tempatan berusia dalam lingkungan tujuh bulan hingga 61 tahun.
Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
JIM turut menekankan bahawa pihak mereka tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang tinggal secara haram dan melebihi masa hingga pendatang asing tanpa izin membanjiri negara.
Oleh: Shafira Aziz