PORT DICKSON: Polis menahan seorang lelaki yang didakwa memukul seorang wanita menerusi gambar tular di media sosial semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata siasatan mendapati kejadian berlaku di Jalan Batu 18, Pasir Panjang, Port Dickson kira-kira 9 malam.
“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek berusia 27 tahun tersebut mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan positif dadah jenis methamphetamine.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan serta dia telah dibawa reman ke Mahkamah Majistret Port Dickson selama empat hari bermula Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, suspek turut mengugut adik mangsa untuk menyebarkan gambar mangsa dalam pertengkaran mereka yang didakwa berpunca daripada cemburu.
Aidi Sham turut memaklumkan susulan serangan tersebut, mangsa lebam pada muka dan luka di mulut.
Oleh: Shafira Aziz