Israel bebaskan Imam Masjid Al-Aqsa Bersyarat

BAITULMAQDIS: Selepas beberapa jam ditahan rejim zionis Israel, Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri dibebaskan.

Sheikh Ekrima ditahan Israel pada Jumaat kerana berkabung dan memuji ketua biro politik Hamas, allahyarham Ismail Haniyeh yang terbunuh di Iran pada Rabu.

Peguamnya, Khaled Zabarka memberitahu Anadolu bahawa pihak berkuasa Israel membebaskan Sheikh Ekrima dan mengarahkan pengusirannya dari masjid sehingga 8 Ogos.

Malah, katanya, pengusirannya berkemungkinan dilanjutkan selama enam bulan.

Menurut laporan antarabangsa, dalam khutbah beliau, Sheikh Ikrima berkata, “Penduduk Baitulmaqdis dan di sekitarnya, dari mimbar Masjid Al-Aqsa yang dirahmati, meratapi pemergian Ismail Haniyeh yang mati syahid.”

Sheikh Ekrima adalah pengkritik tegar terhadap pendudukan Israel di wilayah Palestin yang berlanjutan selama beberapa dekad.

Beliau pernah memegang jawatan mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006.

Anda Mungkin Berminat