Rusuhan UK: Nigeria, Australia dan Indonesia turut hantar amaran keselamatan

Oleh: Kamilia Ali

AMARAN keselamatan telah dikeluarkan oleh beberapa negara kepada warganya di United Kingdom (UK) berpunca daripada protes dan rusuhan anti-imigresen berterusan.

Antara negara yang telah mengeluarkan amaran berkenaan ialah Malaysia, Nigeria, Australia dan Indonesia yang menasihatkan warganegara mereka di negara UK untuk menjauhkan diri dari lokasi demonstrasi tersebut, lapor media antarabangsa, Independent pada Selasa.

Kerajaan Australia, Kementerian Luar Negeri Nigeria dan Kedutaan Indonesia di London masing-masing mengeluarkan amaran kepada rakyat mereka yang melancong atau berada di UK agar sentiasa berhati-hati.

Negara tersebut turut menyifatkan demonstrasi itu membawa kepada kehancuran, keganasan dan kekecohan hingga tidak terkawal.

Hujung minggu lalu, impak keganasan rusuhan mencetuskan kerisauan berikutan pembunuhan tiga gadis muda di kelas tarian di Southport, England.

Terdahulu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London menyampaikan mesej dalam talian pada Ahad bahawa rakyat Malaysia yang berada di kawasan terbabit harus berwaspada dan menjauhi kawasan protes.

Susulan itu, sekurang-kurangnya 400 orang telah ditangkap selepas rusuhan menggegarkan Liverpool, Bristol, Manchester, Hull, Belfast, Stoke dan bandar-bandar lain di seluruh UK pada Ahad.

Anda Mungkin Berminat