Azizulhasni tumpu acara Keirin pula

TIADA wakil negara dalam acara pecut Olimpik Paris setelah pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menamatkan saingan acara tersebut di pusingan repechage 1/18.

Biarpun ‘The Pocket Rocketman’ bermula baik di pusingan repechage dengan mengejar dua lawannya itu, namun Rudyk meningkatkan tempo kayuhannya untuk muncul juara saingan tersebut sekali gus menempah tiket ke suku akhir.

Memetik Facebook Team Malaysia, Azizulhasni akan mengalih tumpuan apabila beraksi dalam acara kegemarannya iaitu keirin pada hujung minggu ini terutama misi memburu pingat emas pertama negara.

Anda Mungkin Berminat