Oleh: Shafira Aziz
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya bahawa badan berkanun persekutuan mampu melakukan anjakan paradigma dan bersifat lebih telus.
Menurut Anwar, ianya adalah untuk mencegah badan berkenaan daripada melakukan tindakan yang melanggar tatakelola lantas jatuh ke ‘pangkuan’ Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara.
“Bagi mendokong prakarsa ini, kerajaan juga akan mengkaji peruntukan tambahan bagi memperluas mekanisme pemantauan audit, mencakupi semua peringkat iaitu persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan,” menurut Anwar.
Dalam pada itu, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, Surak Pekeliling yang dilancarkan oleh Anwar tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan pengurusan BBP.
“Ia berlandaskan tatakelola yang kukuh, dengan penekanan kepada pemerkasaan peranan audit dalaman serta proses pelantikan Ahli Lembaga Pengarah yang lebih telus.
“Pengenalan ini juga bertujuan mengukuhkan mekanisme kawal selia, termasuk pemantauan oleh Kementerian Pengawal dan agensi pusat,” kata kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, kerajaan melalui agensi-agensi seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan, akan bekerjasama rapat dalam memastikan Badan Berkanun Persekutuan (BBP) mencapai tahap kecemerlangan yang diharapkan.
Pelaksanaan tersebut juga akan dipantau secara berkala melalui platform Sistem Badan Berkanun (SBSys).
Dalam usaha merealisasikan gagasan Madani, kerajaan berharap penguatkuasaan pekeliling itu akan mengukuhkan lagi integriti dan profesionalisme dalam pengurusan BBP, sekali gus memacu negara ke arah pertumbuhan yang mampan dan inklusif.