Anwar ucap terima kasih kepada Mohd Zuki atas sumbangan 32 tahun

Oleh: Kamilia Ali

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan penjawat awam, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, beliau mengucapkan terima kasih di atas bakti yang telah diberikan setelah lebih tiga abad berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

“Terima kasih, moga terus sukses dalam perjalanan hidup seterusnya dan diberkati Yang Maha Esa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya buat Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar yang bakal memulakan tugas sebagai KSN pada Isnin depan.

“Selamat maju jaya, moga dasar-dasar kerajaan terus dilaksanakan dengan cekap dan berkesan hatta menyumbang kepada pembangunan serta kejayaan negara,” katanya.

Sebelum ini, Mohd Zuki, 62, mula memegang jawatan sebagai KSN pada 31 Disember 2019 dan dilantik semula secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa dari 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2024.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat