Apa pun, terima kasih Dhabitah

Oleh : Wahida Ramlan

IMPIAN penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri untuk menghadiahkan kilauan pingat dalam final 3 meter (m) papan anjal untuk negara di Olimpik Paris gagal dilunaskan selepas berada di kedudukan tercorot pada aksi yang berlangsung sebentar tadi.

Selepas gagal dalam edisi Tokyo 2020, penerjun berusia 25 tahun itu hanya sekadar mengumpul jumlah keseluruhan 244.80 mata setelah terjunan ketiga dan keempat yang kurang kemas meranapkan impiannya untuk berada di podium.

Acara yang berlangsung di Pusat Akuatik Paris itu menyaksikan pingat emas menjadi milik Juara dunia tiga kali dari China, Chen Yiwen (376.00 mata) dan perak dirangkul Maddison Keeney dari Australia (343.10) dan gangsa dimiliki penerjun China, Chang Yani (318.75).

Pada edisi Tokyo 2020, Nur Dhabitah menamatkan saingan individunya di tempat keempat dengan 326.15 mata, sementara acara 10m platform seirama gandingan bersama Datuk Leong Mun Yee di tempat tercorot daripada lapan negara.

Anda Mungkin Berminat