Oleh: Liyana Marzuki
Saya masih ingat lagi masa saya di MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri), masuk beberapa siri perbincangan mengenai Pelan Induk Perindustrian. Ramai pakar ekonomi sertai, termasuk Prof Dr Jomo (pakar ekonomi) yang ramai segani.
Kami bincangkan halatuju negara, dari negara berorientasikan pertanian zaman Tun Razak ke negara perindustrian ketika zaman Tun Mahathir. Bertukar pula negara perdagangan, zaman DS Najib.
Setiap kali kita bertukar fokus baru, kita lupa fokus lama. Bila kita nak jadi negara industri, kita tinggalkan sektor pertanian. Maka sekarang 65 peratus makanan asas kita diimport. Walhal sumber tanah dan hasil kita melata. Rugi jua.
Bila kita nak jadi negara perdagangan, kita okej saja jadi negara transit, kurang prioriti kan industri yang ada. Makanya saban tahun merudum jua. Hanya tinggal yang kuat sektor semikonduktor sahaja.
Makanya dicadangkan ketika itu, kita perlu fokus kembali “what matters”. Industri perlu diperkuat, pertanian perlu diperkasa. Jalan yang ada ialah dengan teknologi dan industri masa depan.
Maka ketika itu ramai la cadangkan kita buat industri AI, IoT dan Blockchain. Berpusat di Malaysia. Super ambitious ya. Tapi biasa la kita. Kalau nak buat segala polisi dan perancangan nombor syatu. Tang pelaksanaan… tolong sambung.
Pusat cip dunia
Pagi tadi, saya terbaca Bloomberg cover cerita antara syarikat cip terbesar dunia, Infineon dah nak pecah tanah buat kilang di Malaysia. Buat data centre dan kilang cip USD8 bilion. PMX kata Malaysia perlu jadi pusat penghasilan cip dunia.
Then it struck me. This is even a better policy.
Daripada berebut dengan negara lain nak jadi champion industri AI dan IoT, yang insya-Allah Malaysia akan kalah juga nanti. India dan Cyberjaya buktinya.
Kerajaan ini goes small. Dia perkasa industri yang ada. Crown Jewel kita. Industri Cip dan Semikonduktor. Focus on them to become bigger. Tak bermula dari kosong. Malaysia sudah ada advantage dari awal. Hanya perlu diperkasa.
Smart lagi sebenarnya kerana segala industri masa depan nanti perlukan Cip, dan Malaysia punya potensi tinggi menjadi pusat permintaan dunia. Dari memilih industri kayangan yang susah dicapai. Kerajaan ini pilih apa yang kita ada dan perkuatkan. Pada saya simple but yet brilliant.
Kalau dulu fokus Tun M ialah industri automotif. Nampaknya fokus DS Anwar ialah industri Cip dan data. Kalau satu sudah tidak berjaya, Malaysia tak pergi mana.
Makanya untuk kali ini, kita harap PM baru ini cuba bawa lagi nama Malaysia di pentas dunia. Kalau dia berjaya, nama negara terpalit sama.
Kita sokonglah mana baik dan doakan Malaysia berjaya. Jadi pusat industri cip dan semikonduktor utama di dunia.
***Penulis adalah aktivis politik dan sentiasa berkongsi pandangannya mengenai politik di media sosial