MISI memburu emas buat kontinjen negara dalam kejohanan Olimpik Paris 2024 terpaksa ditamatkan selepas atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom gagal melaksanakannya.
Shah Firdaus hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam pusingan akhir acara berkenaan.

Meskipun kontinjen Malaysia hanya perlu berpuas hati dengan kedudukan tersebut, namun ia tetap membanggakan kerana dia berjaya melayakkan diri hingga ke pusingan terakhir.
Terdahulu, Shah Firdaus Sahrom berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir selepas berjaya meraih tempat ketiga dalam pusingan separuh akhir.
Shah Firdaus menamatkan perlumbaan di tempat keempat pada mulanya namun berjaya meraih tempat ketiga setelah wakil dari Jepun, Kaiya Ota tersingkir dari perlawanan tersebut.