48 motosikal kena ‘pukat’ dalam Op Samseng Jalanan

Oleh: Shafira Aziz 

SEBERANG PERAI: Sebanyak 48 motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth pada Ahad. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Komisioner Datuk Hamzah Ahmad berkata tindakan sita dilakukan selepas pemeriksaan terhadap 67 motosikal. 

“Kesemua motosikal yang disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu, pihak polis turut mengeluarkan sebanyak 195 keping saman atas pelbagai kesalahan jalan raya,” katanya dalam kenyataan. 

Operasi yang bermula pada jam 5 petang dan tamat pada 12 tengah malam tersebut melibatkan seramai tiga pegawai kanan dan 31 anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang. 

Hamzah memaklumkan operasi tersebut dijalankan untuk mencegah aktiviti samseng jalanan seperti lumba haram sekali gus memastikan kesemua pengguna jalan raya mematuhi peraturan di jalan raya. 

Anda Mungkin Berminat