Cacar monyet meningkat ke 99,176 kes di seluruh dunia

Oleh: Wahida Ramlan

PETALING JAYA: Peningkatan kes Monkey Pox (MPOX) atau cacar monyet di rantau Afrika baru-baru ini membimbangkan dengan 60 peratus kes adalah dari negara itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan laporan tersebut dengan situasi bagi tempoh 1 Januari 2022 sehingga 30 Jun tahun ini membabitkan 99,176 kes.

Laporan tersebut turut melibatkan 116 buah negara, dengan kadar 208 (0.21 peratus) kematian dan
pada bulan Jun 2024, terdapat 934 kes dan empat kematian yang dilaporkan di seluruh dunia dengan 567 kes (60 peratus) adalah dari rantau Afrika.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kes MPOX di Malaysia setakat ini ialah sembilan kes dengan kes pertama dilaporkan pada 26 Julai tahun lalu dan yang terakhir dilaporkan pada bulan November 2023.

“Kesemua kes mempunyai sejarah menjalankan aktiviti berisiko dan kini telah pun sembuh dan tiada kematian dilaporkan. Berdasarkan pemantauan yang dijalankan, tiada kes mpox baharu yang dilaporkan sehingga kini,” kata KKM pada Khamis.

KKM turut menggesa individu vang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan bergejala dinasihatkan agar menjalani pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran supaya kawalan dapat dijalankan dan mengelakkan berlaku penularan jangkitan tersebut.

Di samping itu semua pengembara yang tiba dan negara-negara berkaitan gejala itu dinasihatkan untuk memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan mpox bagi tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malavsia.

Untuk rekod, MPOX merupakan sejenis jangkitan yang berpunca olen virus mpox, iaitu spesis di bawah genus Orthopoxvirus dan boleh berjangkit melalui sentuhan rapat secara langsung antara manusia ke manusia dengan ruam alau lepuh pada kulit individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.

Jangkitan juga boleh berlaku melalui pendedahan kepada cecair respiratori semasa hubungan intim.

Antara gejala tersebut adalah demam berserta ruam “maculopapular rash” atau ruam lepuh pada muka, tapak tangan, tapak kaki, kemaluan, konjunktiva dan juga kornea.

Anda Mungkin Berminat