Oleh: Hanim Nadia
ATLET-atlet Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 perlu menghadapi segala rintangan bukan sahaja persiapan fizikal tetapi juga mental dan emosi.
Demikian pesanan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada lebih 9,000 atlet dari seluruh negeri yang telah mengesahkan penyertaan.
“Hadapi rintangan dengan semangat juara dalam 488 acara yang dipertandingkan, selamat berjuang,” kata Ahmad Zahid menerusi klip video yang dimuat naik Facebook pada Khamis.
SUKMA 2024 menawarkan 488 pingat emas dalam 37 jenis sukan dengan kesemua acara berlangsung di 50 venue pertandingan melibatkan sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, dan Miri.
Dalam pada itu, temasya dwitahunan kebangsaan ini juga disertai Brunei sebagai kontinjen jemputan.