Oleh: Wahida Ramlan
PETALING JAYA: Pengumuman atlet pelayaran negara, Khairulnizam Afendy yang mempertimbangkan untuk berundur daripada skuad kebangsaan selepas mendakwa mendapat layanan tidak sama rata di Sukan Olimpik Paris 2024 menerima perhatian ramai pihak.
Ramai pihak turut bersimpati dan mempersoalkan liputan buat atlet-atlet pelayaran negara di Olimpik Paris 2024 yang jarang dapat dilihat meskipun mempunyai dua wakil negara yang berentap.
Mereka turut menyatakan sukan itu tidak mendapat tempat di mana-mana kaca televisyen malah liputan media juga menunjukkan jurang yang berbeza berbanding atlet-atlet badminton, terjun dan berbasikal yang diberikan perhatian penuh oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di temasya itu.
Melihat situasi di negara jiran, Indonesia yang memberi layanan sama rata kepada atlet-atlet negara mereka pada temasya itu sehingga berjaya menuaikan hasil apabila dihadiahkan pingat emas oleh atlet panjat tembok, Rizki Juniansyah.
Rata-rata rakyat Malaysia menggesa pihak bertanggungjawab untuk bersikap lebih adil
“Saya turut bersimpati, pelayaran bukan sukan yang mudah, untuk kita bandingkan dengan negara lain kita harus dapat pembiayaan banyak seperti negara lain. Jadi bila dia cakap tak dapat layanan yang sama tu, saya memahami perasaannya.
“Tak banyak orang bercakap mengenai dia dan Syazrin tapi apa-apa pun mereka sudah lakukan baik. ianya bukan mudah. Terima kasih mewakili Malaysia!” kata Syazlin Annes.
“Saya setuju sebab kita nampak sangat hanya tiga jenis sukan sahaja yang di layan oleh KBS iaitu badminton, terjun dan berbasikal. Kita lihat Indonesia semua sukan dia beri layan sama rata dan hasilnya seorang atlet panjat tembok juara mendapat pingat emas. Renung- renung kan la,” ujar Ridzwan Wan.
“Memandangkan semua pihak tengah pandang sinis dgn pihak pengurusan, inilah masanya atlet bangkit menyuarakan apa yang mereka tidak puas hati. Harap lagi ramai atlet akan bersuara,” jelas Zulfida Erman.
Dalam masa yang sama, atlet-atlet negara lain diminta untuk tampil bersuara seperti Khairulnizam yang berani menyuarakan pendapatnya dalam menegakkan kebenaran selaku atlet negara.
Pada 14 Ogos lalu, Khairulnizam mendakwa sukan pelayaran tidak mendapat layanan sama rata seperti sukan-sukan lain yang mewakili negara di Olimpik meskipun beliau sudah empat kali membuat kemunculan di pentas terbesar itu.
Baca juga: