Oleh: Hanim Nadia
GEORGETOWN: Orang ramai diminta mengesan seorang lelaki berusia 21 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu (17 Ogos).
Pemuda tersebut, Muhammad Danish Syamil Jusfaridan dilaporkan keluar dari rumah di Bukit Jambul kerana mahu berjumpa dengan rakannya di Nibong Tebal.
Susulan itu, Malaysia Bangkit menghubungi bapanya, Jusfaridan Azizat, 48, untuk mendapatkan perkembangan terkini setakat pukul 7 petang Isnin.
“Masih tidak jumpa lagi. Lokasi akhir dia di Nibong Tebal selepas berjumpa kawan dan gagal dihubungi selepas itu,” katanya pada Isnin.
Menurut laporan polis yang tersebar di media sosial, keluarganya telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Muhammad Danish pada jam 12 tengah malam Ahad.
Kali terakhir dilihat, Muhammad Danish memakai baju-T dan berseluar hitam.
Dia menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dengan nombor pendaftaran PRF 704.
Justeru itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Muhammad Danish boleh menghubungi bapanya di talian 012-535 1349.