Doktor Di India Terus Mogok, Protes Kes Rogol Rakan Sekerja

RATUSAN ribu petugas kesihatan di India enggan bekerja kerana menuntut keadilan bagi rakan sekerja mereka yang dirogol dan dibunuh pada 9 Ogos lalu.

Mogok besar-besaran di seluruh negara itu diketuai doktor dan pekerja kesihatan, disertai puluhan ribu rakyat India, menuntut diadakan tindakan segera, lapor Al Jazeera.

Dalam pada itu, hospital dan klinik di seluruh India juga berhenti menerima pesakit, kecuali kes kecemasan apabila golongan profesional perubatan mulakan penutupan 24 jam bermula 6 pagi.

Penemuan mayat doktor berusia 31 tahun yang berlumuran darah di Kolej Perubatan dan Hospital RG Kar yang dikendalikan kerajaan telah mencetuskan protes di beberapa bandar di seluruh negara.

Doktor dibunuh itu ditemui di dewan seminar hospital tempat belajarnya di mana dirinya bertugas selama 36 jam. Bedah siasat mengesahkan berlakunya serangan seksual.

Keganasan seksual terhadap wanita adalah masalah yang meluas di India. Negara itu merekodkan purata hampir 90 kes rogol sehari pada 2022.

Anda Mungkin Berminat