Oleh: Wahida Ramlan
PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkannya ketika berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang itu adalah ‘kenyataan fakta
‘ yang tidak bermaksud untuk menghina institusi raja.
“Saya ingin menegaskan bahawa ucapan saya di Nenggiri adalah suatu kenyataan fakta yang tidak bermaksud untuk menghina institusi raja atau menimbulkan kecenderungan menghasut.
“Saya percaya kenyataan saya itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara.
“Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjelaskan fakta-fakta berkaitan kenyataan saya,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial ucapan Muhyiddin yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Dalam pada itu, polis memaklumkan akan merakam keterangan bekas Perdana Menteri itu di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Jalan Sentral, esok (Selasa).
Baca juga: