Oleh: Shafira Aziz
KARTUNIS tersohor, Ujang memanjatkan rasa syukur setelah dirinya bebas dari status muflis selepas 24 tahun.
Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau telah diberi pelepasan daripada kebangkrapan di bawah Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 berkuatkuasa pada 29 Julai tahun ini.
“Setelah 24 tahun diisytihar muflis ankara pengelepetan kengkawan dan menanggung hutang sekian lama, akhirnya pertolongan Allah sampai jua.
“Terima kasih kepada Hafiz Zubir & Co yang banyak membantu dan didoakan agar segala urusan dipermudahkan,” katanya.
Sebelum ini, kartunis tanah air Ibrahim Anon diisytihar muflis selepas gagal membayar RM1.8 juta hutang kepada syarikat percetakan.
Ibrahim Anon yang lebih dikenali sebagai Ujang merupakan kartunis terkenal 90-an menerusi karyanya seperti Aku Budak Minang di majalah Gila-Gila, Din Beramboi (majalah Ujang) dan animasi Usop Sontorian.