Oleh: Kamilia Ali
PUTRAJAYA: Kempen Kibaran Jiwa Merdeka adalah sebahagian usaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN) untuk meningkatkan semangat patriotik dan cintakan tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bangsa.
Kempen tersebut diraikan bersamaan dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 dan Hari Malaysia ke-61.
Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menyeru semua rakyat Malaysia yang berada di dalam atau luar negara untuk mengambil bahagian dalam kempen tersebut.
“Kemerdekaan sewajarnya difahami bukan hanya bebas daripada dijajah, sebaliknya kemampuan rakyat menjalani kehidupan lebih baik dan memiliki semangat cinta negara.
“Melalui konsep Malaysia Madani, ia kunci utama bagi menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
“Saya berharap agar media sosial diserikan dengan gambar-gambar patriotrik yang akan menjadi medan penyatuan rakyat Malaysia serta menanam pohon-pohon perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Cara-cara penyertaan adalah dengan memuat naik video dan gambar mengibarkan Jalur Gemilang pada tanggal 31 Ogos dan 16 September nanti di platform media sosial dengan tanda pagar #KibaranJiwaMerdeka.
Baca juga: