Anwar berjaya tarik lebih banyak dagangan Malaysia-India

Oleh: Farah Faizal

NEW DELHI: Usaha untuk menarik pelabur dan perniagaan diteruskan dengan pertemuan bersama pemimpin-pemimpin India yang telah memberi maklum balas terkait urusan pelaburan serta minat untuk terus mengembangkan perniagaan di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, industri dan perniagaan antaranya Tata Consultancy Services, Emami Agrotech Ltd, dan HCL Tech telah menyatakan komitmen kepada Malaysia.

“Mereka menyatakan sepenuh kepercayaan kepada Malaysia yang punyai dasar-dasar yang jelas serta mesra pelabur sekali gus memudahkan urusan perniagaan di negara kita.

“Saya dan pasukan akan terus gigih mengadakan interaksi dengan para pelabur seperti ini akan terus memberikan peluang yang besar buat negara kita bagi menarik lebih banyak pelaburan daripada India, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Anwar telah mengadakan perbincangan melalui mesyuarat meja bulat bersama beberapa pemimpin industri India pada pagi Rabu di New Delhi, India.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri One-to-one Business Meeting dan kemudiannya ke Roundtable Meeting with Captains of Industries ketika lawatan rasmi di New Delhi, India, 21 Ogos, 2024. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana MenteriNO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of t

Terdahulu, media melaporkan Anwar tiba di ibu negara India pada Isnin bagi lawatan rasmi tiga hari bagi mengukuhkan hubungan 67 tahun Malaysia-India dan mewujudkan agenda kerjasama pelbagai sektor untuk masa hadapan.

Pada 2023, jumlah dagangan Malaysia dan India mencecah RM76.62 bilion dan Malaysia menikmati lebihan RM15.89 bilion.

Untuk rekod, India merupakan pengimport terbesar minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit Malaysia dengan jumlah import RM11.31 bilion.

Import utama Malaysia dari India termasuk produk petroleum berjumlah RM6.62 bilion dan produk pertanian termasuk daging halal RM5.79 bilion.