Oleh: Yapxiang
Apa beza antara Australia dan Malaysia? Australia iktiraf status pelarian dan bagi peluang pekerjaan dan pendidikan kepada pelarian Rohingya, Malaysia tidak. And you wonder how they’re more civilized there
Sebab tu kerajaan terdahulu tidak patut terima pelarian Rohingya kalau tak nak iktiraf status pelarian mereka. Dia (bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak) buat langkah populis tapi yang kena tu ialah rakyat Malaysia dan orang Rohingya.
Sistem bermakna, anda tidak boleh mengambil pelarian mana-mana negara tanpa langkah teratur. British bila bawa buruh China ke Malaysia pun pastikan mereka ada kerja kat lombong bijih timah. Najib ni ambil lepastu biarkan dorang hidup on survival mode, camna tak jadi masalah?
Yang dididik sebilangan saja, yang buat hal juga sebilangan saja, jadi kemungkinan kedua-dua ini overlap sangat rendah. Jadi tak perlu samakan semua Rohingya macam anda kenal semua mereka.
Maksud di sini ialah tidak perlu buat kesimpulan dan pukul rata seluruh kaum sebaliknya lihat orang Rohingya sebagai manusia yang dicipta Tuhan seperti kita, is this too much for u?
Rohingya tidak bekerja atau bersekolah
Okay, katakanlah esok kerajaan nak hantar semua Rohingya keluar dari Malaysia. Nak hantar mereka ke mana? Balik ke Myanmar dan biar mereka ‘digenosida’ oleh kerajaan Myanmar? Tak ke sial kalau kita jadi genocide enabler seperti US (Amerika Syarikat)? Kita harus fikir solusi yang rasional.
Ini kerana United Kingdom (UK) sudah cuba cara ini tetapi gagal. Nak hantar ke Rwanda kena bayar kerajaan Rwanda (duit cukai) dan bayar kos pengangkutan (duit cukai). Last-last yang rugi rakyat juga.
Tambahan pula, bila kerajaan terima Rohingya masuk Malaysia sebagai pelarian, sebenarnya mereka masuk sebagai PATI (pendatang asing tanpa izin), sebab Malaysia tidak iktiraf status pelarian. Kadar jenayah dan masalah sosial mereka tu pun sebab kita tak iktiraf status pelarian mereka.
Kenapa? Bila dah hidup sebagai PATI, kita tidak boleh bekerja atau bersekolah secara halal. Bila tidak bekerja dan tak bersekolah, bagaimana anda jangka kehidupan mereka? Adakah biasa seperti kita? Dan yang paling penting, kerajaan tidak dapat dokumenkan populasi ini, sebab PATI tidak berdokumen.
Desak Kerajaan
Jadi, cuba letak tepi label kat komuniti ni dulu dan fikirkan solusi untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan orang Rohingya. Pertama, iktiraf status pelarian dan biar mereka kerja secara halal, ini untuk elakkan mereka dari mengemis atau merompak.
Lepas tu pastikan ada pelan jangka panjang untuk komuniti ini. Nak tinggal di pusat khas pelarian atau nak bantu hantar mereka ke negara luar. Semua ini kerajaan perlu fikir, sebab kerajaan juga yang terima mereka dulu. You can’t take them in and let them rot by themselves.
Untuk rekod, Malaysia tidak iktiraf status pelarian kerana kita cuma negara transit untuk orang Rohingya. Secara undang-undang, mereka cuma boleh tinggal sementara sehingga dapat pindah ke negara yang iktiraf status pelarian. Tapi itu lah, kerajaan suka buat langkah populis tanpa fikir jangka panjang.
Cerita pentingnya ialah solusi bukan kebencian. Anda benci macam mana pun dia tetap wujud kat sebelah anda. Lebih baik desak kerajaan selesaikan isu ini mengikut lunas undang-undang tempatan dan antarabangsa.
Bila saya minta jangan pukul rata Rohingya dengan jenayah yang memang ada antara mereka lakukan, ia tidak bermaksud saya halalkan seluruh jenayah yang mereka buat. The same way I’ve defended Malays from stereotypes by racist Chinese, the same way I’ll defend the Rohingyas.
***Penulis adalah ahli NGO Borneo Komrad dan anggota Mahasiswa Keadilan