Oleh : Wahida Ramlan
WASHINGTON: Bukan muflis, namun dalam perancangan menambah cawangan, menurut syarikat makanan segera McDonald.
Syarikat itu dilaporkan sedang merancang untuk membuka lebih 200 restoran di seluruh negara Eropah (United Kingdom) dan Ireland dalam tempoh empat tahun ini.
Memetik laporan portal Perbadanan Penyiaran British (BBC), McDonalds dalam usaha meluaskan empayar mereka dengan dana berjumlah £1bn (RM5.73bilion).
Perancangan itu juga akan meningkatkan rangkaian makanan segera di UK dan Ireland sebanyak lebih 1,700 cawangan
Seorang pakar mengatakan syarikat berkenaan bertindak untuk menggandakan pasaran supaya dapat “menstabilkan” keuntungan yang terjejas oleh kempen boikot yang disebabkan konflik Israel-Gaza.
Pengusaha McDonald cawangan United Kingdom dan Ireland, Alistair Macrow berkata rancangan pembukaan itu bagi menunjukkan ‘komitmen berterusannya’ terhadap pertumbuhan dan penciptaan peluang pekerjaan di kedua-dua negara itu.
Dipercayai, lebih 24,000 pekerjaan akan diwujudkan oleh pengembangan itu dengan tumpuan baharu syarikat yang tertumpu untuk menjadi perniagaan utama di kawasan bandar (High Street Restaurants).