PNB komited agih dividen kompetitif

SHAH ALAM: Permodalan Nasional Berhad (PNB) kekal komited untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat bumiputera dan seluruh rakyat negara ini.

Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, pihaknya telah mengagihkan dividen sebanyak RM13.3 bilion tahun lalu sekali gus menunjukkan kemampuan agensi itu mengagihkan pulangan kompetetif walaupun dalam keadaan ekonomi mencabar.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan pendapatan telah diagihkan sejak PNB ditubuhkan pada tahun 1978 adalah sebanyak RM249.2 bilion.

“Hampir 13 juta rakyat memberi kepercayaan kepada kami dengan simpanan dan harapan mereka. Ini amat kami hargai.

“Saya berharap rakyat Malaysia akan terus mengekal dan meningkatkan pelaburan bagi meraih pulangan yang lebih baik dalam jangka panjang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, pada Khamis.

Perasmian tersebut telah disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim