Oleh: Shafira Aziz
MELAKA: Polis mengesahkan perbualan sekumpulan individu berkaitan penyalahgunaan dadah hanyalah berunsur gurauan semata-mata.
Ketua Polis Melaka, Deputi Komisioner Datuk Zainol Samah berkata perbualan mereka menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok tersebut merupakan rentetan daripada sebuah filem yang ditonton, memaparkan adegan penyalahgunaan dadah.
“Satu laporan polis penafian penyelahgunaan dadah telah dibuat oleh salah seorang individu yang terlibat dalam perbualan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
“Dua individu terlibat dalam perbualan sama turut ditahan namun pihak polis mendapati kesemua mereka negatif dadah disamping bebas dari rekod kesalahan lampau,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Zainol memaklumkan kes telah dirujuk ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk siasatan lanjut.
Dalam pada itu, pihak polis turut menyeru orang ramai untuk lebih bijak dalam menggunakan media sosial dan tidak menggunakan platform tersebut untuk melanggar undang-undang