SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi dekat sini menolak rayuan penyanyi Yasin Sulaiman sekali gus mengekalkan hukuman penjara seumur hidup dan dikenakan 16 sebatan selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah dihadapinya, dua tahun lalu.
Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, yang sebelum ini ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor dibawa terus ke Penjara Kajang.
Keputusan tersebut merangkumi semua kes termasuk tiga pertuduhan kes dadah yang dibicarakan semula sebelum ini.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Mimpi Laila itu menzahirkan kekesalan dengan keputusan Mahkamah tersebut serta mempersoalkan kenyataan pakar psikiatri yang ditolak oleh Mahkamah sedangkan dalam kes lain ia diterima.
Bagaimanapun, jelasnya dia akan memfailkan rayuan bagi keputusan tersebut.
Yasin yang sebelum ini ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor dibawa terus ke Penjara Kajang.
Terdahulu, Yasin dituduh memiliki dadah seberat 193.7 gram pada 24 Mac 2022 dan menanam pokok kanabis.
Pada 6 Julai 2022, Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.
Baca juga: