Lubang tanah jerlus: Unit pengesan K9 dikerah ke tempat kejadian

KUALA LUMPUR: Identiti mangsa yang terjatuh ke dalam kejadian lubang tanah jerlus berhampiran Masjid India, di sini disahkan sebagai wanita warga India berusia 48 tahun.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) dalam kenyataan hari ini berkata kedalaman tanah jerlus itu dianggarkan lapan meter.

Menurut kenyataan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.22 pagi.

“15 anggota pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan bantuan daripada Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.22 pagi.

PGOKL berkata, Komander Operasi, Mohd Riduan Akhyar mengesahkan terdapat seorang mangsa wanita terjatuh ke dalam lubang dan tertimbus di bawah tanah.

Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Unit Pengesan (K9) turut dikerah ke lokasi kejadian.