Oleh: Kamilia Ali
PUTRAJAYA: Malaysia akan meneroka kerjasama baharu dengan Turkiye membabitkan semua aspek pertahanan termasuk kebolehoperasian ketenteraan, pendidikan, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan perkongsian risikan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika membincangkan hal pertahanan kedua-dua negara bersama Setiausaha Pertahanan Industri Pertahanan Turkiye, Prof Dr Haluk Gorgun di Perdana Putra pada Jumaat.
“Bicara kami juga menyentuh pembabitan Malaysia menerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen di Istanbul.
“Pastinya kami turut membincangkan situasi dan perkembangan semasa terkait penderitaan saudara kita di bumi Palestin.
“Selain usaha menghimpun kekuatan pimpinan dunia Islam menerusi sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang diusulkan Turkiye,” katanya.
Pada masa yang sama, Haluk Gorgun turut menyampaikan salam daripada Presiden Recep Tayyip Erdoğan yang merupakan Presiden Turkiye yang juga sahabat baik Anwar.
Tambah Anwar, Malaysia sentiasa menyokong usaha bagi menyelaraskan gerakan dan mengenakan tekanan lebih hebat terhadap Amerika Syarikat serta sekutunya supaya mendesak rejim Zionis Israel segera menghentikan serangan dan pengeboman di Gaza.
Baca juga: