Oleh: Syahirah Harish
RIBUAN orang berkumpul meraikan Festival Hari Rambut Merah tahunan di bandar selatan Tilburg, Belanda Sabtu hingga Isnin.
Pelajar seni bina, Ellen Linderstad memaklumkan The Reuters, bahawa dirinya menghabiskan lebih daripada 24 jam menaiki kereta api dan bas dari Stockholm untuk pergi ke acara itu.
Menurut Ellen, menjadi hal yang mustahil untuk melihat seseorang berambut merah di Sweden, berbeza dengan acara ini.
“Ia benar-benar istimewa untuk berada di tempat di mana semua orang mempunyai rambut merah,” katanya.
Untuk info, rambut merah membentuk 1 peratus hingga 2 peratus daripada populasi dunia dan 2 peratus hingga 6 peratus daripadanya berketurunan Eropah Utara atau Barat Laut.
Lebih 10,000 orang dari lebih 12 negara menghadiri festival dan mendaftar untuk sesi bergambar, acara pertemuan pantas dan pelbagai bengkel. Acara itu tamat dengan bergambar secara berkumpulan.
Pada tahun 2013, ia pernah memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi perhimpunan terbesar orang dengan rambut merah semula jadi apabila 1,672 rambut merah berada pada hari tersebut.